Monday 15 October 2012

Kepentingan Menutup Aurat Bagi Kaum Hawa

Menutup aurat adalah perkara yang wajib sebagaimana wajibnya perintah Allah S.W.T mengerjakan sembahyang,berzakat dan perintah-perintah yang lainnya.

Dengan itu wanita ISLAM yang menutup aurat mudah dikenal dan dapat mengelak dari diganggu oleh mereka yang ingin mengambil kesempatan.

Keburukkan membuka aurat..
Mereka yang mendedahkan aurat boleh menyebabkan berlakunya perkara2 sumbang seperti fitnah dan rogol..Ia juga boleh menyebabkan lelaki menjadi rangsang apabila melihatnya.

Ingat lah wahai kaum Hawa,aurat kamu itu hanya untuk orang yang halal buat kamu bknnya untuk ditunjuk2 pada masyarakat yang lain..Dan ingatlah aurat kamu haruslah dijaga sebaik - baiknya bagi mengelak kita daripada mendapat dosa..

Insyallah..Yang Baik Itu Datang Dari Allah S.W.T
Dan yang lemah itu datang dari diri saya sendiri...
♥ ISLAM...

Saturday 13 October 2012

RUKUN SOLAT

Berapa agak - agak nya rukun solat..

Takkan sahabat - sahabat yang dikasihi tidak tahu kot..

Solat kan amal ibadat bagi umat islam..

Mesti kena ambil tahu ya tentang rukun solat..

 


RUKUN SOLAT ADA 13 SEMUANYA..


  1. Niat
  2. Takbiratul Ihram
  3. Berdiri tegak bagi yang berkuasa ketika solat fardhu dan bagi yang tidak berkuasa, disebabkan sakit dan sebagainya boleh melakukannya secara duduk, berbaring , telentang atau dengan isyarat.
  4. Membaca surah al-Fatihah pada tiap-tiap rakaat.
  5. Rukuk dengan toma`ninah.
  6. I`tidal dengan toma`ninah
  7. Sujud dua kali dengan toma`ninah
  8. Duduk antara dua sujud dengan toma`ninah
  9. Duduk tasyahud akhir dengan toma`ninah
  10. Membaca tasyahud akhir
  11. Membaca selawat ke atas nabi pada tasyahud akhir
  12. Membaca salam yang pertama
  13. Tertib ertinya mengikut urutan dalam mengerjakan rukun-rukun tersebut.
YANG BAIK ITU DATANG NYA DARI ALLAH S.W.T DAN YANG BURUK ITU DATANG DARI KELEMAHAN DIRI SAYA SENDIRI..

Friday 3 August 2012

7 golongan dilindungi di bawah bayangan Rahmat

Hazrat Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: 7 golongan yang akan dilindungi Allah swt di bawah bayangan rahmatNya pada hari yang tiada bayangan selain daripada bayangan rahmatNya iaitu:
  1. Pemerintah yang adil
  2.  Pemuda yang menggunakan masa muda remajanya untuk beribadat kepada Allah
  3. Lelaki yang hatinya sentiasa terpaut kepada masjid
  4. Dua orang yang berkasih sayang antara satu sama lain kerana Allah. Mereka berkumpul dan berpisah kerana Allah
  5. Lelaki yang digoda oleh wanita bangsawan dan jelita, lalu dia berkata: “Sesungguhnya saya takut kepada Allah”
  6. Seorang yang memberi sedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak tahu sedekah yang diberikan oleh tangan kanannya
  7. Lelaki yang mengingati Allah berseorangan sehingga berlinangan air matanya.
     <3 ISLAM

MAKSUD ISLAM

Maksud Islam Dalam bahasa Arab ialah bermaksud 'Tunduk' atau 'Patuh' ..

Kebanyakan orang muslim tidak tahu apa yang dimaksudkan dengan Islam.. Di sini saya ingin menjelaskan bahawa maksud atau erti sebenar Islam ialah "Agama yang tunduk dan patuh dengan segala perintah Allah.. Tiada Tuhan yang lain melainkan Allah S.W.T..

Islam juga adalah risalah Allah SWT. yang terakhir bagi manusia, oleh kerana itu Islam adalah agama yang terakhir diturunkan oleh Allah S.W.T. kepada Nabi-Nya yang terakhir iaitu Nabi Muhammad S.A.W.

Dan juga sesungguhnya Nabi Muhammad S.A.W. adalah pembawa utusan Allah SWT. yang universal dan sebagai pembuka untuk semua alam. Setiap Nabi datang dengan utusan dari Allah S.W.T. untuk kaum masing-masing, sedangkan Nabi Muhammad S.A.W. sebagai utusan Allah S.W.T. yang terakhir untuk semua umat manusia dimuka bumi ini.

Maka Rasulullah Saw. bersabda: "Islam adalah kamu bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah dan sesungguhnya Muhammad adalah utusan Allah, mendirikan solat, memberikan zakat, puasa di bulan Ramadhan, dan haji ke baitullah jika kamu mampu menjalankannya.". Orang itu berkata: "Kamu benar". 'Umar berkata: "Maka kami terkejut kepadanya, dia bertanya dan membenarkannya. Kemudian orang laki-laki itu bertanya lagi: "Lalu kabarkan lah kepadaku tentang iman". Nabi menjawab: "Kamu percaya kepada Allah, Malaikat-Malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, Rasul-Rasul-Nya, hari kiamat, dan takdir baik dan buruk". Dia berkata: "Kamu benar". Kemudian bertanya lagi: "Lalu kabarkanlah kepadaku tentang Ihsan". Nabi menjawab: "Kamu menyembah Allah seperti kamu melihat-Nya tetapi jika belum dapat melihat-Nya maka sesungguhnya Beliau melihatmu". Lalu dia bertanya lagi: kabarkanlah kepadaku tentang hari kiamat. Nabi menjawab: "Orang yang ditanya tidak lebih mengetahui daripada orang yang bertanya". Lalu dia bertanya lagi: Kabarkanlah kepadku tentang janji hari kiamat. Nabi menjawab: "Ketika pembantu melahirkan anak, kamu melihat para pemimpin tanpa alas kaki sehingga ketergantungan dengan orang lain dan bangunan-bangunan semakin tinggi". Berkata 'Umar: "Kemudian orang laki-laki itu keluar maka aku timbul pertanyaan dalam hatiku, kemudian Nabi bersabda kepadaku: "Wahai 'Umar apakah kamu mengetahui siapa orang yang bertanya itu". Aku berkata: "Allah dan Rasul lebih mengetahui". Rasul berkata: "Sesungguhnya dia adalah Jibril, dia datang untuk memberi pengetahuan tentang agama kalian" (HR. Muslim: juz 1 hal. 37) Dan Nabi Saw. mengkabarkan tantang cabang iman, lalu Nabi berkata: "Sebuah kejelasan bahwa tujuh puluh cabang iman dan sifat malu adalah sebagian cabang iman" (HR. Bukhari: juz 1 hal. 63)

Adapun dengan penamaan Islam dengan kata Islam: sesungguhnya Islam adalah agama yang selamat dan diselamatkan oleh Allah Tuhan semesta alam, maka Islam adalah agama yang mengajak Muslim untuk berpasrah kepada Allah yang satu dan melepaskan dari segala sesuatu yang selainnya dari Tuhan-Tuhan, patung-patung  yang boleh menjadikan manusia musyrik.

Dan kita mengharapkan dengan jawapan ini kita dapat mengetahui tentang kedudukan Islam antara risalah-risalah yang terdahulu, juga kita dapat mengerti tentang agama kita secara keseluruhan..AMIN..

<3 ISLAM